Thursday, August 27, 2009

pagi islam.... petang kafir

Pernah kah anda terfikir tentang... .bagaimana orang islam boleh
menjadi murtad?
".. Pagi hari Islam..petangnya kafir.."
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah
SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar yang
datangnya seperti satu
kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya
"Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? "

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,
pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir
balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? "
Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai
dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara
dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis
cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi
lagilah teruknya. Henry Ford
(orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi
tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap
saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
dan saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi
punya. Sapa yang hendak
berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak
sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab
Kristian, lebih terancang,
lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir,
iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir.
Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan
emas di London.

Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini
telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam
dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka.
Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu
tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang
kerana nak mati. Kita perang untuk
hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang
Islam. "Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942.
kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di
tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas
tu, tumbang kerajaan Islam
Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama
lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam
Acheh... semuanya satu demi satu. Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak
silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia
sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil
semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia
ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk
penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak
ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi.

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam
gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu
hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.

Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian.
Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian
pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku
tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke
negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu
berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh
agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal
dalam masyarakatnya. justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya.
Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan
dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam.
Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini
telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli
Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri
terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat
dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang
bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu
seluruhnya.

No comments:

Post a Comment